Thursday 5 March 2020

BBM3410SATU2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM


Manfaat Penggunaan Instagram




Penggunaan Instagram yang betul dapat membantu pengguna dalam mempelajari cara-cara merakam video dan juga menonton cerita pendek melalui Instagram pengguna lain. Selain itu, menggunakan Instagram juga dapat memberi peluang kepada pengguna untuk berkongsi aktiviti harian mereka serta berkongsi pengetahuan yang mereka ketahui kepada pengguna lain. Seterusnya, turut terdapat satu kajian yang dijalankan oleh Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah Roslan (2016) serta Bell (2013) yang berpendapat bahawa pelajar-pelajar di sekolah lebih bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu serta berkongsi pengetahuan mereka. Keadaan ini juga dapat membantu para pengajar untuk mencipta satu sukatan baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Akhir sekali, keadaan ini juga dapat membantu pengguna Instagram dapat belajar menggunakan teknologi yang ada dengan betul.




No comments:

Post a Comment