Friday 6 March 2020

Bbm3410Satu2020: Nota Asas Grafik



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku Multimedia dalam Bahasa, elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Elemen mudah menekankan mengenai gambar atau video supaya mudah difahami oleh orang yang melihat. Bagi elemen warna pula, menekankan kombinasi warna yang digalakkan penggunaannya yang kurang daripa tiga dan bersesuaian dengan gambar tersebut. Bagi elemen teks, saiz tulisan yang digunakan hendaklah jelas dan mudah dibaca. Bagi elemen kesesuaian, grafik yang digunakan atau gambar tersebut hendaklah bersesuaian dengan latar pada ketika itu. Akhir sekali, elemen keseimbangan yang menekankan keseimbangan ruang sama ada bahagian atas, bawah, kiri dan kanan.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


No comments:

Post a Comment