Thursday 5 March 2020

BBM3410SATU2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG



Keputusan dan perbincangan
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama keputusan dan perbincangan mengenai Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, seterusnya keputusan dan perbincangan Blog dalam Pembelajaran Bahasa dan akhir sekali, Blog dalam Pembelajaran Teknologi.






Pada bahagian Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, menunjukkan responden yang terdiri daripada genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Bagi genre puisi sebanyak 66.7% yang diwakili oleh 20 responden lelaki dan 80% yang mewakili 24 responden wanita menyatakan bahawa blog merupakan satu medium atau alat yang terbaik untuk menulis puisi. Bagi genre cerpen pendek pula, keputusan dan perbincangan menunjukkan 86.7% responden lelaki dan 96.7% responden wanita menyatakan bahawa blog merupakan satu medium yang amat sesuai untuk mereka menulis blog. Genre menulis skrip pula mendapat maklum balas sebanyak 76.7% responden lelaki dan 93.3% responden perempuan setuju bahawa blog merupakan satu alternatif yang bagus bagi mencurah idea mereka. Akhir sekali, genre pantun pula mendapat maklum balas sebanyak 66.7% responden lelaki dan 86.7% responden perempuan yang bersetuju bahawa pantun merupakan genre yang bersesuaian untuk ditulis dalam blog mereka.

Seterusnya, pada bahagian kedua pula membincangkan Blog dalam Pembelajaran Bahasa. Pada bahagian ini, menekankan tiga aspek iaitu penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Bagi penulisan surat mendapat maklum balas sebanyak 80% yang mewakili 24 responden lelaki dan 83.3% yang mewakili responden perempuan menyatakan bahawa penulisan surat merupakan satu proses pembelajaran bahasa melalui penulisan blog. Selain itu, sebanyak 66.7% responden lelaki dan 100% responden wanita menganggap bahawa menulis dalam blog merupakan tempat untuk mereka meluhkan perasaan. Akhir sekali bagi aspek pemikiran kritis mendapat maklum balas sebanyak 93.3% responden lelaki dan 96.7% responden wanita yang berpendapat bahawa blog merupakan satu medium yang boleh digunakan bagi menulis teka teki.

Pada bahagian ketiga, membincangkan mengenai Blog dalam Pembelajaran Teknologi. Pada bahagian turut dibahagikan kepada tiga aspek penekanan iaitu video, audio dan gambar. Bagi aspek video dan audio mendapat maklum balas sebanyak 100% daripada responden lelaki mahupun wanita. Bagi aspek gambar pula, sebanyak 93% responden lelaki dan 100% responden wanita yang menyatakan bahawa dengan meletakkan gambar di blog ia dapat menyiapkan hantaran.

Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment