Friday 6 March 2020

Bbm3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh VanDjik (1997)


VanDijk (1997) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang karangka sesuatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberikan focus kepada makna lokal daripada suatu teks  yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Huraian: 

Menurut Normaliza Abd Rahim, teori Vandjik (1997) membahagikan analisis wacana kepada beberapa bahagian iaitu makro dan mikro kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen ini mempunyai peranan yang tertentu.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment