Berikut merupakan video mengenai jenis-jenis flatlay
https://www.youtube.com/watch?v=XVKAP30jRRo
Sunday, 15 March 2020
Bbm3410Satu2020: Asas Fotografi (Youtube)
Berikut merupakan link untuk menonton tayangan video asas fotografi yang dilakukan oleh kumpulan kami.
https://www.youtube.com/watch?v=iYWFNFz-Lcw
Saturday, 7 March 2020
Bbm3410Satu2020: Peta Minda Asas Grafik
Rujukan: NormaliA Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Friday, 6 March 2020
Bbm3410Satu2020: Nota Asas Grafik
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku Multimedia dalam Bahasa, elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Elemen mudah menekankan mengenai gambar atau video supaya mudah difahami oleh orang yang melihat. Bagi elemen warna pula, menekankan kombinasi warna yang digalakkan penggunaannya yang kurang daripa tiga dan bersesuaian dengan gambar tersebut. Bagi elemen teks, saiz tulisan yang digunakan hendaklah jelas dan mudah dibaca. Bagi elemen kesesuaian, grafik yang digunakan atau gambar tersebut hendaklah bersesuaian dengan latar pada ketika itu. Akhir sekali, elemen keseimbangan yang menekankan keseimbangan ruang sama ada bahagian atas, bawah, kiri dan kanan.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Bbm3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh VanDjik (1997)
VanDijk
(1997) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan
mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen
mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan
makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau
tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang karangka sesuatu
teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro
pula memberikan focus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata,
kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.
Huraian:
Menurut Normaliza Abd Rahim, teori Vandjik (1997) membahagikan analisis wacana kepada beberapa bahagian iaitu makro dan mikro kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen ini mempunyai peranan yang tertentu.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Bbm3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997)
Taksonomi
strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi
dalam startegi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan
topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan,
penciptaan perkataan baharru, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan
bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta
pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali
penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei
& Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan
penagguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi
langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.
Taksonomi
Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan
mesej yang memberikan maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah
ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik
oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada
penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata
manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantic yang
hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan
perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk
menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan
perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal
bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang
disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada
struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan,
frasa atau struktur sesuatu bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan
merujuk kepada bahasa lain daripada bahasa ibunda dan diubah suai secara
fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa
daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna
atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu mengantikan perkataan
dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.
Huraian
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Taksonomi
Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) menekankan 12 aspek yang berbeza
iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej,
penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu,
penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal,
pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan
atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau
strategi penanda. Pendekatan Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott
(1997) dapat disesuaikan berdasarkan
kajian yang sedang dilakukan.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Thursday, 5 March 2020
BBM3410SATU2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG
Keputusan dan
perbincangan
Menurut
Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu bahagian pertama keputusan dan perbincangan mengenai Blog di
dalam Pengajian Kesusasteraan, seterusnya keputusan dan perbincangan Blog dalam
Pembelajaran Bahasa dan akhir sekali, Blog dalam Pembelajaran Teknologi.
Pada
bahagian Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, menunjukkan responden yang terdiri
daripada genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Bagi
genre puisi sebanyak 66.7% yang diwakili oleh 20 responden lelaki dan 80% yang
mewakili 24 responden wanita menyatakan bahawa blog merupakan satu medium atau
alat yang terbaik untuk menulis puisi. Bagi genre cerpen pendek pula, keputusan
dan perbincangan menunjukkan 86.7% responden lelaki dan 96.7% responden wanita
menyatakan bahawa blog merupakan satu medium yang amat sesuai untuk mereka
menulis blog. Genre menulis skrip pula mendapat maklum balas sebanyak 76.7%
responden lelaki dan 93.3% responden perempuan setuju bahawa blog merupakan
satu alternatif yang bagus bagi mencurah idea mereka. Akhir sekali, genre
pantun pula mendapat maklum balas sebanyak 66.7% responden lelaki dan 86.7% responden
perempuan yang bersetuju bahawa pantun merupakan genre yang bersesuaian untuk
ditulis dalam blog mereka.
Seterusnya,
pada bahagian kedua pula membincangkan Blog dalam Pembelajaran Bahasa. Pada bahagian
ini, menekankan tiga aspek iaitu penulisan surat, meluahkan perasaan dan
pemikiran kritis. Bagi penulisan surat mendapat maklum balas sebanyak 80% yang
mewakili 24 responden lelaki dan 83.3% yang mewakili responden perempuan
menyatakan bahawa penulisan surat merupakan satu proses pembelajaran bahasa
melalui penulisan blog. Selain itu, sebanyak 66.7% responden lelaki dan 100%
responden wanita menganggap bahawa menulis dalam blog merupakan tempat untuk
mereka meluhkan perasaan. Akhir sekali bagi aspek pemikiran kritis mendapat
maklum balas sebanyak 93.3% responden lelaki dan 96.7% responden wanita yang
berpendapat bahawa blog merupakan satu medium yang boleh digunakan bagi menulis
teka teki.
Pada
bahagian ketiga, membincangkan mengenai Blog dalam Pembelajaran Teknologi. Pada
bahagian turut dibahagikan kepada tiga aspek penekanan iaitu video, audio dan
gambar. Bagi aspek video dan audio mendapat maklum balas sebanyak 100% daripada
responden lelaki mahupun wanita. Bagi aspek gambar pula, sebanyak 93% responden
lelaki dan 100% responden wanita yang menyatakan bahawa dengan meletakkan
gambar di blog ia dapat menyiapkan hantaran.
Rujukan
: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.
BBM3410SATU2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM
Manfaat
Penggunaan Instagram
Penggunaan
Instagram yang betul dapat membantu pengguna dalam mempelajari cara-cara
merakam video dan juga menonton cerita pendek melalui Instagram pengguna lain. Selain
itu, menggunakan Instagram juga dapat memberi peluang kepada pengguna untuk
berkongsi aktiviti harian mereka serta berkongsi pengetahuan yang mereka
ketahui kepada pengguna lain. Seterusnya, turut terdapat satu kajian yang
dijalankan oleh Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah Roslan (2016) serta Bell
(2013) yang berpendapat bahawa pelajar-pelajar di sekolah lebih bermotivasi
dalam mempelajari kemahiran baharu serta berkongsi pengetahuan mereka. Keadaan ini
juga dapat membantu para pengajar untuk mencipta satu sukatan baharu dengan
memasukkan penggunaan teknologi baharu. Akhir sekali, keadaan ini juga dapat
membantu pengguna Instagram dapat belajar menggunakan teknologi yang ada dengan
betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)