Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog


10 CARA PENULISAN BLOG YANG BAIK



1)  Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2)  Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3)  Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4)  Memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5)  Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini..
6)  Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7)  Dapat dibaca dan difahami.
8)  Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9)  Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10) Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Bagi menghasilkan satu blog yang baik, penulis hendaklah mencipta satu tajuk yang menarik untuk menarik perhatian pembaca terhadap blog kita. Isi-isi cerita penulisan blog juga haruslah menarik dan menggunakan ayat ayat humor dan berunsurkan jenaka serta mudah difahami oleh pembaca. Selain itu, hujah-hujah yang digunakan perlulah benar dan tepat bagi menguraikan penulisan blog penulis. Penulis juga boleh mengaitkan isu-isu semasa dengan penulisan blog agar para pembaca dapat mengetahui mengenai isu-isu tersebut dengan lebih mendalam. Pemilihan kata yang bersesuaian amat penting dalam memastikan sesuatu penulisan itu berjaya untuk disampaikan atau difahami oleh para pembaca. Penulisan yang dihasilkan hendaklah mempunyai unsur komunikasi yang tepat dengan menggunakan perkataan yang bersesuaian atau perkataan-perkataan yang mesra dibaca. Seterusnya, penulis hendaklah menerapkan nilai-nilai yang baik dalam penulisan blog masing-masing. Akhir sekali, sekiranya penulis ingin menulis sesuatu yang berkaitan pendidikan, penulis perlulah mempunyai ilmu yang mencukupi agar maklumat yang disampaikan itu tepat dan tidak bercanggah.

Rujukan buku Media Sosial dan rujukan Normaliza Abd Rahim (2014).

No comments:

Post a Comment