Thursday 27 February 2020

BBM3410SATU2020: MODEL PENCERITAAN KELUARGA: BUKU KAJIAN WACANA

1) Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam hari

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak,  adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UM


Mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak yang sangat menyayangi ahli keluarganya. Kanak-kanak tersebut akan menolong ahli keluarga pada setiap hari dari pagi sehingga ke malam. Kanak-kanak itu tidak sedikit pun berasa mengeluh atau penat menolong keluarganya. Kanak-kanak tersebut sangat menjaga budi pekertinya ketika berhadapan dengan ibu dan bapanya serta ahli keluarganya yang lain. Kanak-kanak tersebut sangat mencintai ahli keluarganya. Kanak-kanak itu menyayangi ibu bapanya serta abang, kakak, adik dan saudara yang lain. Ahli keluarganya juga sering ada bersama-samanya pada bila-bila masa sahaja tambahan lagi ketika dia memerlukan mereka. Kita sewarjanya mencontohi kanak-kanak ini dalam menyayangi serta mencintai keluarga kita. Kita perlulah membantu ahli keluarga kita yang dalam kesusahan tanpa mengharapkan sebarang balasan serta tidak mengeluh. Ahli keluarga adalah anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua. Kita semua perlulah bersyukur dan menyayangi ahli keluarga kita.

Monday 24 February 2020

Bbm3410Satu2020: Blanket Test 2.0


CITRA PURNAMA PRODUCTION 

1) Apakah yang dimaksudkan dengan kesesuaian?

Kesesuaian bermaksud kesesuaian gambar mengikut latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesebuah gambar.

2) Gambar berikut menunjukkan asas fotografi yang mana?

Asas fotografi dalam gambar berkenaan menunjukkan jenis medium shot. Gambar berikut dapat dilihat dengan jelas raut wajah seorang gadis.

Bbm3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik

CITRA PURNAMA PRODUCTION





Pada hari Isnin minggu lepas, kumpulan kami telah menyiapkan tugasan asas grafik. Asas grafik terdiri daripada lima elemen penting iaitu mudah, teks, warna, kesesuaian dan keseimbangan. Markah yang diperolehi oleh kumpulan kami adalah tiga bintang. Kumpulan kami memilih gambar asas grafik di atas kerana terdapat elemen teks yang jelas dan keseimbangan dalam gambar berikut.


Bbm3410Satu2020: Asas Grafik

CITRA PURNAMA PRODUCTION

LONG SHOT


Long shot diambil dalam jarak yang jauh dan jelas kelihatan gambar keseluruhan. Kebiasaannya, long shot digunakan bagi memberikan pemahaman yang jelas terhadap keseluruhan gambaran atau pemandangan tersebut.

MEDIUM SHOT



Medium shot adalah gambar yang diambil secara dekat atau hampir dengan kamera. Medium shot dapat menampakkan lebih jelas reaksi wajah seseorang berbanding long shot. Latar belakang gambar tersebut juga dapat dilihat meskipun dalam medium shot.

POTRAIT


Potrait merupakan gambar atau foto yang memfokuskan dalam jarak yang dekat. Potrait diambil dalam jarak yang dekat dan dapat menunjukkan atau mempamerkan wajah emosi seseorang. Potrait ini diambil di kawasan luar iaitu di muzium FBMK.

MUG SHOT

 










Mug shot merupakan gambar atau foto yang diambil dalam jarak yang dekat dan memfokuskan kepada bahagian muka sahaja. Tujuan mug shot adalah untuk mempamerkan raut wajah seseorang dengan terperinci dan mudah dikenali oleh orang lain. 

CLOSE UP


Close up adalah gambar yang diambil dalam arak yang dekat dam memfokuskan kepada bahagian muka atau barangan. Close up diambil bagi menunjukkan sesuatu dengan lebih terperinci dan jelas. Dalam bahagian ini, close up diambil bagi menunjukkan raut wajah pada bahagian mata dan barangan make-up.


Thursday 20 February 2020

Bbm3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2- BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Pada hari Ahad yang lepas, bapa Alim telah membawa pulang buah-buahan yang telah dibeli di pasar tani. Semua ahli keluarga Alim gemar akan buah-buahan. Bapa Alim membeli buah rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Bapa Alim menyuruh abang Imran memanggil yang lain untuk turut makan sekali. Ibu Alim menyediakan bakul bagi membuang semua sisa buah-buahan yang dimakan ke dalamnya. Alim meminta kebenaran daripada ibunya untuk memberikan buah tersebut kepada Sulaiman. Alim turut menyatakan ibu dan bapanya selalu berpesan bahawa amalan berkongsi merupakan amalan yang baik. Ibu mengizinkan Alim untuk memberikan buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Ibu mula mengasingkan buah-buahan yang hendak diberikan kepada Sulaiman. Ibu menghulurkan plastik yang berisi buah-buahan kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman.  Alim menyerahkan plastik tersebut kepada Sulaiman. Setelah Sulaiman mengucapkan terima kasih, Alim terus berlari mendapatkan semula ahli keluarganya yang lain. Setelah selesai makan dan mengemas, Alim membawa plastik sampah untuk dibuang ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim. Mak Cik Timah turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

BBm3410Satu2020: KELUARGA


Saya mempunyai tujuh orang ahli keluarga. Ayah saya bernama Hamzah bin Umar dan ibu saya bernama Siti Maimunah binti Ayob. Ibu dan ayah saya diijabkabulkan pada tarikh 12 Januari 1970. Ayah saya bekerja sendiri manakala ibu saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Saya mempunyai seorang abang dan tiga orang adik lelaki. Abang saya diberi nama Muhamad Izham dan kini berusia 25 tahun. Abang saya berkerja sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat ternakan ayam. Adik lelaki saya yang berusia 19 tahun diberi nama Muhamad Amin dan kini melanjutkan pelajaran di Institusi Penguruan Darul Aman, Kedah dalam bidang Pendidikan Sejarah. Adik lelaki saya yang berusia 18 diberi nama Muhammad Irfan yang baru sahaja tamat Sijil Pendidikan Malaysia(SPM). Adik lelaki bongsu saya yang berusia 12 tahun diberi nama Muhammad Hisyam dan merupakan seorang syndrome down dan belajar di Sekolah Kebangsaan Padang Terap dalam aliran Khas. Walaupun, dia seorang yang kurang berupaya namun dia merupakan penceria kami sekeluarga dengan celotehnya. 

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Media sosial turut memainkan peranan yang penting dalam kelas bahasa. Berikut merupakan manfaat dan kelebihan penggunaan media sosial dalam kelas bahasa.


Monday 17 February 2020

Bbm3410Satu2020: Asas Grafik

17/2/2020


Citra Purnama Production yang terdiri daripada 10 orang ahli telah diberikan tugasan untuk menyiapkan buku skrap mengenai elemen-elemen asas grafik. Elemen-elemen asas grafik terdiri kepada lima iaitu, mudah, teks, warna, keseimbangan dan kesesuaian. Kami telah membahagikan tugas-tugas masing-masing iaitu mencari gambar, mencari huruf dan nombor serta menggunting dan menampal di mounting board. 

Ahli kumpulan bertungkus-lumus menyiapkan tugas masing-masing.


 Gambar-gambar yang dipilih mempunyai elemen asas grafik.

Bbm3410Satu2020: Blanket Test

Citra Purnama Production

Apakah elemen asas grafik yang terdapat dalam gambar di sebuah jeti?

Elemen teks. Walaupun gambar ini tidak mempunyai teks namun kita semua boleh faham bahawa gambar ini menunjukkan pemandangan di sebuah jeti dan mempunyai bot.

Friday 14 February 2020

Bbm3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk


Mengisahkan mengenai Alim yang telah pulang ke kampung datuk dan neneknya bersama-sama keluarganya di Kajang. Alim begitu teruja untuk pulang ke kampung kerana dia ingin bermain  dengan ayam dan itik kepunyaan datuk dan neneknya. Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun tiba di kampung. Alim terus keluar dari kereta dan mencari ayam dan itik di reban lama kepunyaan datuk dan neneknya. Alim berasa sedih dan marah setelah melihat ayam dan itik tiada di reban tersebut. Alim menyangka ayam dan itik tersebut sudah pun mati. Datuk dan nenek terus berlari mendapatkan Alim yang sedang menagis di tepi reban. Datuk dan nenek bertanyakan Alim mengapa dia menagis di situ. Nenek menunjukkan Alim ke arah sekumpulan ayam dan itik yang berada di dalam reban baru dibuat oleh datuknya. Alim berasa keliru melihat ayam dan itiknya yang telah berubah reban itu. Alim masuk ke dalam rumah setelah puas bermain dengan ayam dan itik dan berasa keliru terhadap susun atur rumah datuk dan neneknya yang telah berubah. Alim menagis sekali lagi kerana menyangka rumah datuk dan neneknya sudah tiada. Nenek terus memujuk Alim dan membawanya mengelilingi rumah tersebut. Ibu dan bapa Alim berasa pelik dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh Alim pada hari itu. 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog


10 CARA PENULISAN BLOG YANG BAIK



1)  Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2)  Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3)  Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4)  Memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5)  Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini..
6)  Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7)  Dapat dibaca dan difahami.
8)  Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9)  Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10) Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Bagi menghasilkan satu blog yang baik, penulis hendaklah mencipta satu tajuk yang menarik untuk menarik perhatian pembaca terhadap blog kita. Isi-isi cerita penulisan blog juga haruslah menarik dan menggunakan ayat ayat humor dan berunsurkan jenaka serta mudah difahami oleh pembaca. Selain itu, hujah-hujah yang digunakan perlulah benar dan tepat bagi menguraikan penulisan blog penulis. Penulis juga boleh mengaitkan isu-isu semasa dengan penulisan blog agar para pembaca dapat mengetahui mengenai isu-isu tersebut dengan lebih mendalam. Pemilihan kata yang bersesuaian amat penting dalam memastikan sesuatu penulisan itu berjaya untuk disampaikan atau difahami oleh para pembaca. Penulisan yang dihasilkan hendaklah mempunyai unsur komunikasi yang tepat dengan menggunakan perkataan yang bersesuaian atau perkataan-perkataan yang mesra dibaca. Seterusnya, penulis hendaklah menerapkan nilai-nilai yang baik dalam penulisan blog masing-masing. Akhir sekali, sekiranya penulis ingin menulis sesuatu yang berkaitan pendidikan, penulis perlulah mempunyai ilmu yang mencukupi agar maklumat yang disampaikan itu tepat dan tidak bercanggah.

Rujukan buku Media Sosial dan rujukan Normaliza Abd Rahim (2014).

Bbm3410satu2020: Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nama saya Nor Umirah binti Hamzah. Saya berusia 22 tahun. Saya dilahirkan pada 12 Februari 1998 di kampung nenek saya. Saya berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Saya telah memulakan alam persekolahan rendah saya di Sekolah Kebangsaan Padang Terap dan seterusnya peringkat menengah di Maktab Rendah Sains MARA Baling. Kemudian, ketika berumur 18 tahun saya telah memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad. Setelah tamat tingkatan enam, saya telah berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia, kampus Serdang dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.