Friday 17 July 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Pada tiga minggu terakhir kelas, semua pelajar yang mengambil subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa telah diberikan tugas untuk menyiapkan kalendar 2021 menggunakan perisian Photoshop. Saya agak bernasib baik kerana perisian tersebut sudah terdapat di dalam laptop sejak mula lagi cuma tidak pernah digunakan sebelum ini. Dalam kelas amali subjek ini kami diajar cara-cara menggunakannya. Bagi saya pada mula perisian ini agar sukar untuk digunakan namun setelah beberapa kali  menggunakannya saya sudah terbiasa dengannya. Berikut merupakan kalendar 2021 yang telah siap dibuat menggunakan perisian Photshop.

















Thursday 18 June 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Kajian tentang Facebook kebanyakannya dilalukan di kawasan yang melibatkan persekitaran pembelajaran dan pendidikan. Kajian tentang penggunaan Facebook memerhatikan perkaitan antara cara pembelajaran atas talian ke dalam bilik darjah. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Madge (2009), dilakukam di kawasan universiti di Britain dan mendapati Facebook digunakan dalam pembelajaran yang tidak formal sebagai contoh, perbincangan tugas akademik. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Kabilan et al.  (2010), Facebook turut dijadikan satu medium pembelajaran yang bermakna dan menyokong dalam mempertingkatkan pembelajaran bahasa. Selain itu, kajian Facebook ini juga mendapati bahawa ia dapat membantu para guru dalam menyediakan hasil pendidikan konstruktif serta positif dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, kajian tentang Facebook ini juga mendapati bahawa dapat menglibatkan penglibatan antara guru dan murid di luar kelas dan mempelajari tentang trend dan isu bahasa asing. 

         Kajian tentang Twitter pula lebih bersifat umum dimana ia mendapati mahasiswa menggunakan Twitter bagi meluahkan perasaan dan berkongsi aktiviti harian mereka. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa di Twitter ia dapat melatih pengguna meningkatkan kecekapan komunikatif dan kebudayaan. Selain itu,  kajian di Twitter juga menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan percakapan antara satu sama lain tetapi dapat mengumpulkan maklumat yang banyak. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Chen (2012), Twitter juga boleh digunakan sebagai medium untuk menilai formatif antara pelajar sekolah. Akhir sekali, kajian tentang Twitter juga melihat kepada kesan yang mempengaruhi kejayaan pelajar. 


Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019).  Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT. 

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Berikut merupakan peta minda bagi watak dan perwatakan.






Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

 





Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yanh disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Logo di atas menggambarkan mengenai sebuah keluarga bahagia yang tinggal di bawah satu bumbung. Bulatan yang mengelilingi mereka membawa maksud bahawa mereka saling ada antara satu sama lain ketika dalam gembira mahupun duka. Tiga orang di dalam logo itu bermaksud emak, ayah dan anak. Petak yang berbucu di luar itu melambangkan sebuah rumah yang mereka diami. 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT. 

BBM3410SATU2020: PROF LIKE IG (2)

Berikut adalah gambar di Instagram yang telah ditanda suka oleh Prof. Dr. Normaliza






Thursday 11 June 2020

BAB 8 : IMPLIKASI PEDAGOGI (NORMALIZA ABD RAHIM & NORAIEN MANSOR, 2019)


BAB 8: IMPLIKASI PEDAGOGI

AKTIVITI 1


AKTIVITI 2


AKTIVITI 3


Rujukan: Normaliza Abd Rahim & Noraien Mansor (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.



CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

CERITA SOSIAL 5: JIRAN



Nilai yang terkandung dalam cerita sosial 5 yang bertajuk Jiran adalah nilai rajin, suka berkongsi dan pemurah. Nilai rajin dapat dilihat pada diri Alim yang setiap hari akan menyusun  dan mengemas buku. Hal ini menunjukkan bahawa Alim sangat menyukai akan kebersihan dan pada setiap hari Alim rajin mengemas tanpa meminta bantuan orang lain. Seterusnya, adalah nilai suka berkongsi. Alim suka berkongsi bahan bacaannya dengan jirannya iaitu Sulaiman. Alim tidak kedekut untuk memberikan kepada Sulaiman buku ceritanya. Akhir sekali, nilai pemurah. Alim dan Sulaiman sentiasa mengamalkan sikap pemurah. Sulaiman kadang kala akan berkongsi coklatnya dengan Alim.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


NOTA ANIMASI, DRAMA DAN FILEM




Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Thursday 4 June 2020

BAB 7: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA (NORAMLIZA ABD RAHIM &NORAIEN MANSOR, 2019)

AKTIVITI 1


Tuliskan 5 impak positif penggunaan rangkaian sosial dalam kalangan pelajar.

1) Dapat bersosial dan berinteraksi dengan orang ramai.
2) Dapat mencari maklumat.
3) Bebas berkarya atau menonjolkan bakat.
4) dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
5) dapat mencari sumber pendapatan sampingan.

AKTIVITI 2


Tuliskan 5 impak negatif penggunaan rangkaian sosial kalangan pelajar.
1) Penggunaan bahasa asing.
2) Terdedah kepada unsur negatif.
3) Penggunaan bahasa yang kesat.
4) Terdedah kepada buadaya asing.
5) Terdedah kepada fitnah yang menyebabakan perbalahan.

AKTIVITI 3

 Berikan cadangan.
Pada cadangan saya, cara penggunaan Twitter, Facebook, Instagram dan blog yang dapat memberikan faedah keoada pengguna adalah dengan menggunakannya ke arah kebaikan. sebagau contoh perkongsian ilmu sama ada ilmu agama, pendidikan mahu pun ilmu gaya hidup. Instagram dan Facebook mempunyai butang live atau siaran langsung, oleh itu pengguna dapat menggunakan butang tersebut bagi menyebarkan ilmu yang diketahui oleh mereka. Twitter pula boleh menyebarkan ilmu dengan melalui bebenang sesuatu hal itu. Banyak ahli yang menggunakan medium imlu bagi menyebarkan ilmu mengenai penjagaan diri, agama, kesihatan dan info semasa. Melalui blog pula ilmu ini dapat disebarkan melalui penulisan blog dengan menggunakan ayat yang gramatis dan kreatif.

Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!1 Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4


CERITA SOSIAL 4: HATI






Nilai yang dapat diperolehi dalam cerita sosial 4 ini yang bertemakan hati adalah nilai saling berkongsi, nilai sabar dan nilai menghormati orang tua.  Alim seorang kanak-kanak yang baik kerana Aliam selalu suka berkongsi rezeki dengan rakan-rakannya. Sempena ulang tahun kelahirannya, Alim telah membawa kek cawan untuk dikongsi bersama-sama rakan sekelasnya. Seterusnya nilai sabar. Cikgu Anis sentiasa sabar untuk mengajar Alim dan rakan-rakan sekelasnya mengenai penjagaan diri sendiri, membeli barangan di pasar, menaiki bas dan tentang jiran. Mengajar kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah namun Cikgu Anis tetap sabar mengalas tanggungjawapnya sebagai seorang guru. Akhir sekali nilai menghormati orang tua yang diajar oleh Cikgu Anis kepada anak muridnya. Cikgu Anis mengajar mereka untuk tunduk sedikit apabila berjalan dihadapan orang yang lebih tua dan sentiasa mengucapkan terima kasih atas pemberian orang lain.


Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)




ASAS-ASAS VIDEOGRAFI


Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Wednesday 6 May 2020

BAB 7 : ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA ( NORMALIZA ABD RAHIM & NORAIEN MANSOR, 2019)

Nota mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna.



Rujukan : Normaliza Abd Rahim & Noraien Mansor (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Penerbit UMT.

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Nilai yang terkandung :

1) Tolong-menolong
2) Sentiasa bersabar
3) Saling sayang-menyayangi

Huraian:

Nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3 ini yang pertama adalah nilai tolong-menolong. Alim sering menolong ahli keluarganya dalam menyiapkan tugasan di rumah. Sebagai contoh, Alim akan mengutip mainan yang telah dimain oleh adiknya, Aisyah. Seterusnya, nilai bersabar. Alim sentiasa bersabar dalam menyiapkan kerja di rumah. Sebagai contoh, setelah dipujuk oleh ibunya, Alim telah berusaha untuk cuba menyapu sampah dan akhirnya dia berjaya menyiapkannya. Akhir sekali, nilai saling sayang-menyayangi. Alim sangat menyayangi ahli keluarganya dan begitu juga ahli keluarganya terhadap Alim.

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Penerbit UMT

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)




Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Thursday 30 April 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2



Nilai yang pertama adalah mengucapkan terima kasih. Sulaiman berterima kasih atas pemberian buah oleh Alim. Keadaan ini menunjukkan bahawa ucapan terima kasih mampu mengeratkan sesebuah hubungan serta menunjukkan rasa syukur kita atas pemberian orang lain.  Ucapan terima kasih ini adalah sesuatu yang mudah namun kini agar sukar untuk diungkapkan oleh sesetengah individu. Budaya berterima kasih ini seharusnya diterap dan diamalkan sejak kecil lagi. Seterusnya adalah nilai tolong-menolong. Alim menolong keluarganya mengemas rumah setelah selesai menjamah buah-buahan yang dibawa pulang oleh bapanya. Nilai tolong-menolong ini wajar dijadikan tauladan oleh orang ramai agar budaya tolong-menolong ini tidak hilang ditelan dek zaman. Akhir sekali, nilai saling berkongsi. Keadaan ini menunjukkan bahawa Alim tidak kedekut untuk berkongsi buah-buahan yang dibeli oleh bapanya dengan jirannya, Sulaiman. Hal ini menunjukkan bahawa ALim telah dididik sejak kecil lagi untuk sentiasa berkongsi rezeki dengan orang lain.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


berikut merupakan screen capture mengenai rule of thirds bagi aktivit swafoto. Penggunaan rule of thirds yang tepat mampu menghasilkan sebuah gambar yang menarik. Bagi swafoto rule of thirds boleh digunakan dengan meletakkan kedudukan wajah dan mata di sekitar garis satu pertiga dari bawah sama ada ke kanan mahupun ke kiri.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

MEDIA SOSIAL AKTIVITI 1, 2 & 3 ( NORMALIZA ABD RAHIM & NORAIEN MANSOR, 2019)

AKTIVITI 1 : MANFAAT DAN KELEBIHAN MEDIA SOSIAL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN



AKTIVIT 2: MANFAAT DAN KELEBIHAN MEDIA SOSIAL DALAM KELAS BAHASA 


AKTIVITI 3: KELEMAHAN MEDIA SOSIAL






Rujukan : Normaliza Abd Rahim & Noraien Mansor (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT

Wednesday 29 April 2020

Bbm3410Satu2020: Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi


BAHAGIAN A : STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)


Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori Kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & levinson (1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.

NOR UMIRAH BINTI HAMZAH 196148

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

BAHAGIAN B: RINGKASAN CERITA 2



Pada hari Ahad yang lepas, bapa Alim telah membawa pulang buah-buahan yang telah dibeli di pasar tani. Semua ahli keluarga Alim gemar akan buah-buahan. Bapa Alim membeli buah rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Bapa Alim menyuruh abang Imran memanggil yang lain untuk turut makan sekali. Ibu Alim menyediakan bakul bagi membuang semua sisa buah-buahan yang dimakan ke dalamnya. Alim meminta kebenaran daripada ibunya untuk memberikan buah tersebut kepada Sulaiman. Alim turut menyatakan ibu dan bapanya selalu berpesan bahawa amalan berkongsi merupakan amalan yang baik. Ibu mengizinkan Alim untuk memberikan buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Ibu mula mengasingkan buah-buahan yang hendak diberikan kepada Sulaiman. Ibu menghulurkan plastik yang berisi buah-buahan kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman.  Alim menyerahkan plastik tersebut kepada Sulaiman. Setelah Sulaiman mengucapkan terima kasih, Alim terus berlari mendapatkan semula ahli keluarganya yang lain. Setelah selesai makan dan mengemas, Alim membawa plastik sampah untuk dibuang ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim. Mak Cik Timah turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

Bbm3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Jenis-jenis Shot



Rule of Thirds

Dalam bidang penggambaran atau fotografi, rule of thirds adalah sangat penting dan merupakan satu komposisi di mana gambar dibahagikan kepada secara mendatar atau menegak menjadi pertiga atau gambar diletakkan di persimpangan garis pemisah atau di salah satu garis rule of thirds tersebut.  Peraturan rule of thirds ini adalah umum dan mudah untuk dipelajari oleh mereka yang masih baru dalam bidang penggambaran ini. Rule of thirds ini terdiri daripada empat titik persimpangan garis dan di mana gambar atau subjek yang difokuskan harus berada dalam lingkungan berikut. Namun begitu, terdapat juga beberapa gambar yang menggunakan lebih daripada satu titik atau garis peraturan rule of thirds ini. Penggunaan peraturan rule of thirds ini juga perlulah bersesuaian dengan gambar atau subjek yang hendak diambil. Penggunaan rule of thirds yang betul ini mampu menghasilkan gambar yang mempunyai keseimbangan yang tepat dan bagus. Peraturan rule of thirds ini juga boleh di dapati di dalam telefon pintar kini serta di di dalam kamera. Pengguna hanya perlu untuk membuat tetapan di bahagian kamera masing-masing untuk menggunakan peraturan ini.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Bbm3410Satu2020: Twitter Mind Map Cerita Pendek


Mind Map Cerita Pendek




Bbm3410Satu2020: Pengenalan Bab 2: Twitter dan Trend Terkini


Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat keberatan untuk menulis.
                                                                                                                  (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
                                                                                   (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Huraian
Berdasarkan penulisan di atas, dapat disimpulkan bahawa menulis dapat memberi satu kesan yang agak besar kepada para pelajar dalam proses sesuatu penulisan. Sesetengah para pelajar kurang yakin apabila penulisan mereka dibaca oleh orang lain. Keadaan ini akan bertambah parah apabila penulisan mereka mendapat kritikan oleh para pembaca. Kadang kala para pelajar ini masih belum bersedia untuk menerima kritikan oleh para pembaca. Hal ini mungkin kerana, mereka hanya menulis bagi memenuhi keperluan atau mengisi masa lapang sahaja. Selain itu, para pelajar juga lebih berminat untuk melibatkan diri mereka secara terus atau secara langsung dalam aktiviti pembelajaran bahasa. Penglibatan diri secara terus ini juga dapat mewujudkan kesefahaman dan mengelak salah faham daripada berlaku dalam kalangan mereka. Selain itu, apabila para pelajar ini terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran bahasa mereka juga dapat menghilangkan kebosanan dalam diri masing-masing. Hal ini jelas menunjukkan penglibatan diri para pelajar sangatlah penting dalam sesuatu aktiviti pembelajaran bahasa. Seterusnya, keadaan ini juga dapat mewujudkan dan meningkatkan keyakinan mereka untuk terus menulis tanpa menghiraukan kritikan atau ketidakpuasan hati orang lain. Mereka juga akan lebih bersemangat dan aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran bahasa yang diadakan.


Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.