Thursday 18 June 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Kajian tentang Facebook kebanyakannya dilalukan di kawasan yang melibatkan persekitaran pembelajaran dan pendidikan. Kajian tentang penggunaan Facebook memerhatikan perkaitan antara cara pembelajaran atas talian ke dalam bilik darjah. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Madge (2009), dilakukam di kawasan universiti di Britain dan mendapati Facebook digunakan dalam pembelajaran yang tidak formal sebagai contoh, perbincangan tugas akademik. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Kabilan et al.  (2010), Facebook turut dijadikan satu medium pembelajaran yang bermakna dan menyokong dalam mempertingkatkan pembelajaran bahasa. Selain itu, kajian Facebook ini juga mendapati bahawa ia dapat membantu para guru dalam menyediakan hasil pendidikan konstruktif serta positif dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, kajian tentang Facebook ini juga mendapati bahawa dapat menglibatkan penglibatan antara guru dan murid di luar kelas dan mempelajari tentang trend dan isu bahasa asing. 

         Kajian tentang Twitter pula lebih bersifat umum dimana ia mendapati mahasiswa menggunakan Twitter bagi meluahkan perasaan dan berkongsi aktiviti harian mereka. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa di Twitter ia dapat melatih pengguna meningkatkan kecekapan komunikatif dan kebudayaan. Selain itu,  kajian di Twitter juga menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan percakapan antara satu sama lain tetapi dapat mengumpulkan maklumat yang banyak. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Chen (2012), Twitter juga boleh digunakan sebagai medium untuk menilai formatif antara pelajar sekolah. Akhir sekali, kajian tentang Twitter juga melihat kepada kesan yang mempengaruhi kejayaan pelajar. 


Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019).  Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT. 

No comments:

Post a Comment