Wednesday 29 April 2020

Bbm3410Satu2020: Pengenalan Bab 2: Twitter dan Trend Terkini


Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat keberatan untuk menulis.
                                                                                                                  (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
                                                                                   (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Huraian
Berdasarkan penulisan di atas, dapat disimpulkan bahawa menulis dapat memberi satu kesan yang agak besar kepada para pelajar dalam proses sesuatu penulisan. Sesetengah para pelajar kurang yakin apabila penulisan mereka dibaca oleh orang lain. Keadaan ini akan bertambah parah apabila penulisan mereka mendapat kritikan oleh para pembaca. Kadang kala para pelajar ini masih belum bersedia untuk menerima kritikan oleh para pembaca. Hal ini mungkin kerana, mereka hanya menulis bagi memenuhi keperluan atau mengisi masa lapang sahaja. Selain itu, para pelajar juga lebih berminat untuk melibatkan diri mereka secara terus atau secara langsung dalam aktiviti pembelajaran bahasa. Penglibatan diri secara terus ini juga dapat mewujudkan kesefahaman dan mengelak salah faham daripada berlaku dalam kalangan mereka. Selain itu, apabila para pelajar ini terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran bahasa mereka juga dapat menghilangkan kebosanan dalam diri masing-masing. Hal ini jelas menunjukkan penglibatan diri para pelajar sangatlah penting dalam sesuatu aktiviti pembelajaran bahasa. Seterusnya, keadaan ini juga dapat mewujudkan dan meningkatkan keyakinan mereka untuk terus menulis tanpa menghiraukan kritikan atau ketidakpuasan hati orang lain. Mereka juga akan lebih bersemangat dan aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran bahasa yang diadakan.


Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment