BAHAGIAN A : STRATEGI
KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)
Brown & Levinson (1987)
mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori Kesopanan Brown & Levinson
(1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas
mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian
kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson
(1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti
kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan
dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & levinson
(1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai
keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan,
kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula
digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar
apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown &
levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald
on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record
(tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang
mengancam itu.
NOR
UMIRAH BINTI HAMZAH 196148
Rujukan: Normaliza
Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit
UMT.
BAHAGIAN B: RINGKASAN CERITA 2

Pada hari Ahad yang lepas, bapa Alim telah
membawa pulang buah-buahan yang telah dibeli di pasar tani. Semua ahli keluarga
Alim gemar akan buah-buahan. Bapa Alim membeli buah rambutan, durian, manggis, langsat,
duku dan banyak lagi. Bapa Alim menyuruh abang Imran memanggil yang lain untuk
turut makan sekali. Ibu Alim menyediakan bakul bagi membuang semua sisa
buah-buahan yang dimakan ke dalamnya. Alim meminta kebenaran daripada ibunya
untuk memberikan buah tersebut kepada Sulaiman. Alim turut menyatakan ibu dan
bapanya selalu berpesan bahawa amalan berkongsi merupakan amalan yang baik. Ibu
mengizinkan Alim untuk memberikan buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Ibu
mula mengasingkan buah-buahan yang hendak diberikan kepada Sulaiman. Ibu
menghulurkan plastik yang berisi buah-buahan kepada Alim untuk diberikan kepada
Sulaiman. Alim menyerahkan plastik tersebut kepada Sulaiman. Setelah
Sulaiman mengucapkan terima kasih, Alim terus berlari mendapatkan semula ahli
keluarganya yang lain. Setelah selesai makan dan mengemas, Alim membawa plastik
sampah untuk dibuang ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Alim terserempak
dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih
kepada Alim. Mak Cik Timah turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim
sekeluarga.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.